Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Indonesia rancang hentikan eksport sisa minyak sawit dan minyak masak terpakai bagi sokong biodiesel serta bahan api penerbangan domestik, kurangkan kebergantungan import tenaga.
Transcript
00:00Indonesia merancang untuk menyekat ekspor sisa minyak sawit termasuk minyak masak terpakai bagi mastikan bahan berkenaan diutamakan untuk kegunaan domestik.
00:10Langkah ini sebahagian daripada usaha menyokong matlamat sara diri tenaga.
00:15Menurut Presiden Prabowo Subianto, bahan tersebut akan disalurkan bagi menyokong antara lain pengeluaran biodiesel dan bahan api penerbangan domestik.
00:23Jelasnya sisa minyak sawit, minyak masak terpakai boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk bahan api penerbangan.
00:30Sebenarnya itu, beliau akan menghentikan ekspor tersebut.
00:33Prabowo berkata usaha memperluas pembangunan tenaga berasaskan sawit akan membantu mengurangkan pergantungan Indonesia terhadap import tenaga.
00:41Beliau menambah bahawa Indonesia berhasrat bukan sahaja untuk mencapai sara diri biodiesel tetapi juga menjadi antara pengeluar bahan api penerbangan terbesar di dunia.
Comments

Recommended