Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Presiden Donald Trump bersetuju turunkan tarif barangan India ke 18 peratus susulan perjanjian perdagangan, termasuk India hentikan pembelian minyak Rusia dan tingkatkan beli produk AS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengurangkan tarif Amerika Syarikat ke atas barangan India kepada 18% daripada 50%.
00:09Ini sebagai pertukaran kepada langkah India menurunkan halangan perdagangan serta menghentikan pembelian minyak dari Rusia dan sebaliknya membeli minyak dari Amerika serta berpotensi dari Venezuela.
00:20Trump dalam satu antara media sosial memaklumkan Amerika Syarikat dan India bersetuju mencapai satu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan India
00:32dengan mengenakan tarif timbal balik yang dikurangkan menurunkannya daripada 25% kepada 18%.
00:40Jelas Trump keputusan itu dibuat atas dasar persahabatan dan penghormatan terhadap Perdana Menteri Modi serpas satu perbualan telefon dengan pemimpin itu.
00:50Tarif ini akan berkuat kuasa serta merta.
00:54Menurut pegawai kanan White House, Amerika Syarikat akan membatalkan duti hukuman 25% ke atas semua import dari India yang dikenakan berikutan pembelian minyak Rusia yang sebelum ini bertindih dengan tarif timbal balik sebanyak 25%.
01:09Trump turut menambah bahawa Modi berikrat untuk membeli lebih daripada 500 bilion dolar nilai tenaga, teknologi, produk pertanian dan barangan lain dari Amerika Syarikat.
01:21Namun para pakar turut mengingatkan bahawa masih terlalu awal untuk memastikan sama ada ini benar-benar satu perjanjian perdagangan atas keadaan perjanjian tarif.
01:31Sementara itu Modi mengalung-alungkan berita ini tetapi tidak mengulangi dawaan Presiden Trump bahawa India menurunkan tarif ke atas barangan Amerika Syarikat.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended