Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Khas Dhaka atas dua kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbachal New Town.
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada istrinya dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Khas Dhaka
00:06ia selepas beliau didapati bersalah dalam dua kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbacal New Town.
00:18Hakim Rabiul Alam dari Mahkamah Khas Dhaka 4 menjatuhkan hukuman 5 tahun bagi setiap kes dengan jumlah keseluruhan 10 tahun penjara.
00:27Menurut kertas pertuduhan, kes merkenaan melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam proses peruntukan plot tanah kepada ahli keluarga dan individu terpilih.
00:38Ia dipercayai dilakukan dengan memanipulasi peraturan agensi pembangunan bandar utama Bangladesh.
00:44Suruhanjaya Anti Rasuah ACC memfailkan kedua-dua kes pada 13 Januari 2025 sebelum mengemukakan pertuduhan penuh pada 10 Mac 2025.
00:55Turut disabitkan kesalahan ialah tiga ahli keluarga Hasina iaitu Raduan Mujib Siddiq, Tulip Rizwana Siddiq iaitu Ahli Parlimen Britain dan Azmina Siddiq.
01:07Raduan dan Azmina masing-masing dijatuhi tujuh tahun penjara manakala Tulip menerima empat tahun penjara, dua tahun bagi setiap kes.
01:17Mahkamah turut mengenakan denda RM100,000 takar kira-kira RM3,220 ke atas setiap pesalah dengan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
01:30Dalam pada itu, Kerajaan Interim Pimpinan Penerima Nobel Keamanan Muhammad Yunus sedang melaksanakan siri tindakan undang-undang terhadap Hasina serta bekas anggota Kabinet dan pemimpin parti awam milik.
Comments

Recommended