00:00Menteri Wilayah Persekutuan Hanayuh menegaskan pemimpin tidak seharusnya takut kepada kajian kerana dapatan berasaskan fakta membantu membuat keputusan yang lebih cermat dan berkesan.
00:11Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, namun difahamkan kenyataan yang disampaikan menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Isnin adalah mengenai kenyataan kajian pilihan raya pihak berkuasa tempatan PBT serta pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diumumkannya pada ahad.
00:30Menurut Hanah, perbandingan antar kebaikan dan keburukan dalam sesuatu kajian dapat menjimatkan masa dan tenaga serta mengelakkan pelaksanaan dasar yang tidak membawa manfaat.
00:42Bila menambah, kajian juga akan membantu mengurangkan risiko kesilapan dan menjadikan keputusan yang dibuat lebih berkualiti serta berasaskan kebijaksanaan.
00:52Hanah menegaskan kebijaksanaan merupakan elemen penting bagi pemimpin yang memikul tanggungjawab terhadap kepentingan rakyat.
01:00Kajian berkaitan pilihan raya PBT dan kaedah pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa sejak hujung tahun lalu.
01:09Namun kenyataannya itu mencetuskan batan keras daripada beberapa pemimpin politik yang menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan berkenaan.
01:17Antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohd. Akmal Salih yang menggesa supaya rancangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur digagalkan.
Comments