Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Presiden AS Donald Trump berkata beliau percaya Amerika Syarikat akan mencapai perjanjian dengan Cuba, susulan tindakan baharu mengenakan tarif ke atas negara pembekal minyak ke Havana. Trump meningkatkan tekanan selepas penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, sekutu utama Cuba. Pada 2025, Venezuela memenuhi kira-kira sepertiga keperluan minyak Cuba sebelum bekalan merosot akibat sekatan AS.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yakin Washington akan mencapai satu perjanjian dengan Cuba di tengah-tengah usaha meningkatkan tekanan terhadap negara itu melalui tindakan tarif dan sekatan baharu.
00:12Menurut Trump, tindakan itu adalah sebahagian strategi menekan Cuba agar bersedia berunding dalam kerangka hubungan baharu.
00:30Pada tahun 2025, Venezuela adalah pembekal minyak utama Cuba,
00:58memenuhi kira-kira sepertiga keperluan harian negara kepulauan itu.
01:03Namun, bekalan itu merosot selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas penghantaran minyak Venezuela ke Cuba walaupun sebelum Maduro ditangkap.
01:12Pengurangan bekalan bahan api menjejaskan sektor tenaga, pengangkutan serta operasi industri di Cuba yang kini berdepan tekanan tambahan hasil langkah tarif baru Washington.
01:23Trump menegaskan keyakinan bahawa Cuba akhirnya akan bersetuju dengan satu bentuk perjanjian yang sedang digerakkan pentadbirannya namun tidak mengulas lanjut kandungan rundingan tersebut.
Comments

Recommended