00:00Israel mengesahkan pintu sempadan utama Rafah di selatan Gaza akan dibuka semula untuk warga Palestine mulai Isnin.
00:08Ketika ini kerja-kerja persiapan sedang dijalankan di pintu keluar masuk utama wilayah yang musnah akibat perang itu selepas ia hampir tertutup sepenuhnya selama hampir dua tahun.
00:18Kogat Unit Tentera Israel yang menyelia penyelarasan kemanusiaan memaklumkan bahawa lintasan sempadan itu akan beroperasi semula di kedua-dua arah untuk penduduk Gaza.
00:32Namun Kogat memaklumkan ia hanya bagi pergerakan perjalan kaki dan operasinya akan diselaraskan bersama Mesir serta Kesatuan Eropah EU.
00:41Zionis Israel menegaskan bahawa pembukaan semula Rafah akan dilaksanakan dengan pemeriksaan keselamatan yang ketat khusus untuk warga Palestine yang ingin meninggalkan Gaza serta mereka yang melarikan diri pada awal perang dan mahu kembali.
00:58Kebanyakan yang dijangka keluar adalah pesakit dan warga Gaza yang cedera serta memerlukan rawatan perubatan di luar negara.
01:06Kementerian Kesihatan Palestine memaklumkan bahawa kira-kira 20,000 pesakit sedang menunggu kebenaran untuk keluar dari Gaza.
01:14Seorang pegawai pertahanan Israel berkata lintasan Rafah mampu menampung antara 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa bagi kedua-dua arah dengan jumlah yang keluar dijangka lebih tinggi kerana pesakit biasanya ditemani pengiring.
01:29Pembukaan semula Rafah merupakan syarat utama fasa pertama pelan damai untuk menamatkan perang Israel-Hamas.
01:37Namun, gecatan senjata yang berkuatkuasa pada Oktober selepas dua tahun pertempuran sering tergugat oleh insiden keganasan berulang.
01:45Fasa seterusnya pelan Trump mencadangkan pentadbiran Gaza diserahkan kepada teknokrat Palestine pelucutan senjata Hamas, pengunduran tentera Israel serta penempatan pasukan antarabangsa untuk menjaga keamanan sementara Gaza dibangunkan semula.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments