Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Kerajaan Sepanyol akan membayar pampasan keseluruhan €20 juta (≈ RM93.7 juta) kepada mangsa nahas kereta api berkelajuan tinggi di selatan negara itu minggu lalu yang mengorbankan 45 nyawa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Spanyol akan membayar papasan keseluruhan 20 juta euro atau bersamaan 93.7 juta ringgit kepada mangsa nahas kereta api berkelajuan tinggi di selatan negara itu yang mengorbankan 45 nyawa minggu lalu.
00:14Menteri Pengangkutan Oscar Puente berkata keluarga mangsa yang terkorban akan menerima 216 ribu euro atau 1.01 juta ringgit setiap keluarga dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
00:26Jumlah itu merangkumi bantuan kerajaan bebas cukai 72 ribu euro 337 ribu ringgit, bayaran pendahuluan insurans 72 euro atau 337 ribu ringgit, serta pampasan daripada insurans perjalanan wajib penumpang 72 ribu euro atau 337 ribu ringgit.
00:47Tragedi pada 18 Januari di Adamus, wilayah Cordoba itu turut mencederakan lebih 150 orang dan disifatkan antara nahas kereta api paling buruk dalam sejarah Eropah modern dan yang terburuk di Spanyol sejak 2013.
01:02Insiden berkenaan mencetuskan tekanan awam terhadap Kementerian Pengangkutan selepas beberapa lagi kejadian berkaitan keselamatan ril pada minggu sama termasuk kematian seorang pemandu kereta api di Catalonia dan gangguan besar perkhidmatan komiter.
01:17Mengulas masa depannya, Puente berkata beliau menjalankan tanggungjawab dengan hati yang tenang dan berusaha menyampaikan semua maklumat kepada rakyat.
01:25Terima kasih.
01:27Terima kasih.
01:29Terima kasih.
Comments

Recommended