Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF, memaklumkan buat pertama kali dalam tempoh lebih dua setengah tahun, pihaknya berjaya menyalurkan kit persekolahan mengandungi bahan pembelajaran ke Gaza selepas sebelum ini disekat oleh pihak berkuasa Israel.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berasingan, Agensi Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF maklumkan buat pertama kali dalam tempoh lebih 2,5 tahun, pihaknya berjaya menyalurkan kit persekolahan mengandungi bahan pembelajaran ke Gaza.
00:14Ia sebelum ini disekat oleh rejim Zionis Israel.
00:16Menurut UNICEF, ribuan kit yang merangkumi pensel, buku latihan dan bahan permainan pendidikan kini sudah memasuki Gaza dengan tambahan 2,500 kit lagi dijangka dibenarkan masuk dalam tempoh seminggu.
00:30Juru cakap UNICEF, James Elder menyifatkan perkembangan itu sebagai satu perubahan penting selepas tempoh panjang kanak-kanak terpaksa belajar tanpa kelengkapan asas.
00:40Beliau berkata sistem pendidikan di Gaza mengalami kemusnahan besar akibat perang dengan guru terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan.
00:49Manakala, kanak-kanak belajar di Kemah tanpa lampu selain berdepan krisis kebuluran dan kekurangan zat makanan.
00:57UNICEF kini memperluaskan sokongan pendidikan kepada kira-kira 336,000 kanak-kanak usia sekolah dengan kemanyakan sesi pembelajaran dijalankan di Kemah berikutan hampir semua bangunan sekolah di Gaza
01:09rosak atau musnah akibat serangan Israel.
01:13Penilaian satelit perutuban bangsa-bangsa bersatu menunjukkan sekurang-kurangnya 97% sekolah di Gaza mengalami kerosakan,
01:21manakala operasi pendidikan di bahagian utara wilayah itu masih sangat terhad akibat kemusnahan teruk.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended