Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Parti pro-ketenteraan yang dominan di Myanmar dilapor memenangi pilihan raya yang dikendalikan junta dan dikritik keras pemerhati antarabangsa.
Transcript
00:00Baik kita beralih ke pasca pilihan raya di Myanmar. Parti pro ketenteraan yang dominan di negara itu dilapor memenangi pilihan raya dikendalikan junta. Proses pengundian selama sebulan itu ditolak pengawas demokrasi sebagai penampilan semula pemerintahan tentera.
00:17Parti Kesatuan dan Pembangunan USDP mendakwa kemenangan itu secara rahsia memandangkan mereka tidak dibenarkan, mendedahkan keputusan awal.
00:27Menurut seorang pegawai kanan, USDP sudah menang majoriti dan berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan baru di Myanmar.
00:36Ramai penganalisis menggambarkan USDP yang diketuai oleh pegawai tentera bersara kanan sebagai proksi awam tentera yang telah mengatur pilihan raya untuk memberi pemerintahan tentera itu penampilan sah secara awam.
00:50Keputusan rasmi dijangka diumumkan hujung minggu ini.
00:54USDP menang dengan mudah dalam dua fasa pertama pilihan raya pada 28 Disember dan 11 Januari.
01:00Tentera Myanmar merampas kuasa pada 2021 menjanjikan pengundian tiga fasa yang berakhir pada ahad akan memulangkan kuasa kepada rakyat.
01:10Dengan tokoh demokrasi popular Aung San Suu Kyi ditahan dan partinya dibubarkan, pengkritik mengatakan pilihan raya itu telah disusun untuk memberi kelebihan kepada sukutu tentera sekaligus melanjutkan cengkaman mereka terhadap kuasa.
01:24Pengundian tidak diadakan di kawasan dikuasai kumpulan pemberontak yang terlibat dalam perang saudara, satu lagi halangan yang mempersoalkan mandat pilihan raya itu.
01:36Sebanyak satu perempat kerusi parlimen yang tidak dipilih akan diperuntukkan kepada anggota tentera mengikut perlembagaan yang digubal semasa pemerintahan tentera sebelum ini.
01:46Majoriti gabungan ahli parlimen akan memilih presiden selepas parlimen bersidang pada Mac.
01:51Melawat pusat pengundian di Bandar Mandalay pada Ahad, Ketua Junta, Min Aung Laing sekali lagi enggan menolak kemungkinan beliau menjadi presiden kerajaan baharu.
02:02Terima kasih telah menonton!
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended