Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 230,000 wanita dan kanak-kanak perempuan di Gaza, termasuk hampir 15,000 wanita hamil, kini berdepan akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan susulan operasi berterusan tentera Israel walaupun dalam fasa gencatan senjata.
Transcript
00:00Lebih 230,000 wanita dan kanak-kanak termasuk hampir 150,000 wanita hamil di Gaza kini berdepan akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan selepas operasi berterusan oleh ketenteraan Israel.
00:13Kenyataan tersebut disuarakan Pertumpuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang turut mengecam serangan berterusan rejim tersebut meskipun sedang berada dalam fasa gencatan senjata.
00:23Menurut juru cakap PBB Stephanie Dujarik, tabung penduduk PBB UNFPA memberi amaran mengenai peningkatan risiko keganasan berasaskan jantina, perkahwinan bawah umur serta eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
00:40Tegas beliau, kerusakan pada kemudahan kesihatan, ruang selamat dan klinik dan ditambah dengan pembindahan besar-besaran akibat banjir telah menjejaskan akses kepada sokongan psikosocial dan rawatan perubatan.
00:54Tambahnya, rakan-rakan kemanusiaan PBB berjaya mencapai lebih 13,000 isi rumah sejak ahak lalu dengan mengagihkan ratusan kemah, tilam, selimut, pakaian musim sejuk, peralatan memasak dan lampu solar.
01:06Sejak perang Israel di Gaza pada 7 Oktober 2023 dan berlarutan selama dua tahun, lebih 71,000 penduduk Palestine terkorban, manakala lebih 171,000 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
01:20Selain itu, kesan daripada perang berlarutan itu, kira-kira 90% infrastruktur awam Gaza turut musnah.
01:27Meskipun gecatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, serangan Israel terus meragut 483 nyawa penduduk Palestine dan mencerdakan 1,287 yang lain.
01:39Menurut pihak kesihatan Gaza, selain daripada Israel terus memperketat sekatan kemasukan makanan, bahan pelindungan dan bekalan perubatan kepada 2.4 juta penduduk Gaza, ia telah mengakibatkan situasi di Tebing Barat menjadi amat kritikal.
01:57Terima kasih.
Comments

Recommended