Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
PBB kecam perobohan kompleks UNRWA di Baitulmaqdis Timur, gesa Israel hentikan tindakan dan patuhi undang-undang antarabangsa.
Transcript
00:00Setia Usaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres menggesa Israel menghentikan kerja-kerja perubahan Kompleks Agensi Pelarian Palestine PBB UNRWA di Baitul Magdis Timur.
00:15Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq turut mendesak Israel memulihkan semula kompleks itu dan premis UNRWA lain kepada badan dunia tersebut tanpa sebarang penangguhan.
00:30Menurut Farhan, tindakan berterusan terhadap UNRWA adalah sama sekali tidak boleh diterima.
01:00dan bercanggah dengan kewajipan jelas Israel di bawah Undang-Undang Antarabangsa termasuk piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Konvensyen mengenai Keistimauan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
01:14Israel merobohkan beberapa struktur di dalam kompleks UNRWA di Baitul Magdis Timur pada Selasa selepas merampas tapak itu tahun lalu.
01:21Tindakan itu dikecam agensi berkenaan sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa.
01:28UNRWA yang dituduh pihak berkuasa Israel sebagai berat sebelah tidak lagi menggunakan bangunan berkenaan sejak awal tahun lalu
01:34selepas Israel mengarahkan agensi itu mengosongkan semua premisnya dan menghentikan operasinya.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended