00:00Lebih 300 individu di seluruh negara telah dikenakan notis kompaun di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta 672.
00:10Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nengakomeng mendedahkan tindakan penguasaan itu turut melibatkan warga asing yang didapati membuang sampah di tempat awam dalam tempoh 15 hari sejak pelaksanaan perintah berkenaan berkuat kuasa iaitu pada 1 Januari lalu.
00:24Yang kena tangkap setakat pagi ini lebih 300 lebih orang. Saya jangka sebelum tahun merujina mereka akan dijemput beramai-ramai untuk buat apa? Hikmah masyarakat, sabu jalan, cuci longkang. Lepas itu bersihkan tanah.
00:43Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat 2026 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT di Putrajaya pada Selasa.
00:52Tambah beliau, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SW Corp terut diarahkan untuk menggerakkan lebih 300 pegawai penguat kuasa bagi menjalankan tindakan tanpa mengira sama ada pesalah merupakan warga tempatan atau warga asing.
01:07KPKT pada 31 Disember lalu memaklumkan pelaksanaan hukuman perintah khidmat masyarakat berkuat kuasa di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Kedah serta dua wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
01:21Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
Comments