China mengorak langkah berbeza dalam pembangunan kecerdasan buatan dengan menumpukan penggunaan meluas AI dalam ekonomi sebenar menerusi inisiatif nasional “AI+”, bukannya perlumbaan mengejar AGI semata-mata.
00:00Ketika perbincangan global mengenai kecerdasan buatan AI sering tertumpu kepada pelumbaan membangunkan Artificial General Intelligence atau AGI dan penguasaan teknologi termaju,
00:13China dilihat mengorak langkah berbeza dengan memberi penekanan kepada penggunaan meluas AI dalam ekonomi sebenar.
00:19Pendekatan itu diketengahkan dalam beberapa sesi perbincangan pada Forum Ekonomi Dunia WEF di Davos yang memperlihatkan strategi China
00:27menumpukan kepada penyebaran, penerapan dan integrasi AI merentas sektor ekonomi dan kehidupan seharian menerusi pelan tindakan nasional dikenali sebagai AI+.
00:39Pengarah Ezekutif Institut China bagi strategi pembangunan AI generasi baharu di Universiti Nankai, Prof. Gong Ke berkata dokumen rasmi pelan AI+,
00:52sengaja tidak menekankan AGI atau teknologi chip canggih.
00:56Menurut beliau, langkah itu bukan mencerminkan pengabayan terhadap kepentingan teknologi teras,
01:01sebaliknya merupakan keputusan strategik untuk memberi keutamaan kepada nilai praktikal AI dalam pengeluaran dan kehidupan harian.
01:08Sebenarnya, AI plus action is a national initiative officially announced last year in August.
01:20So, in this document, if you read the document, you cannot find any words talking about AGI.
01:28You cannot find any words talking about the chips.
01:31It does not mean the Chinese government don't understand the importance of AGI don't understand the importance of chips.
01:41But that means the Chinese government lay more emphasis on the diffusion, on the adoption, on the penetration of AI
01:51and to make AI really make values in production and in the daily life.
01:57China menetapkan sasaran kadar penggunaan agen AI dan peranti pintar melebihi 70% menjelang 2027 dan 90% pada 2030,
02:08sekaligus menandakan hasrat menjadikan AI sebagai utiliti asas nasional.
02:13Sementara itu, naik Presiden Eksekutif Kanan Tencent dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent Cloud and Smart Industry Group,
02:20Jason Tom, berkata China mempunyai ekosistem AI yang luas, melibatkan ratusan syarikat model AI,
02:27termasuk banyak yang bersifat sumber terbuka.
02:30Menurut beliau, persaingan dan kerjasama dalam ekosistem itu membantu menurunkan kos,
02:35menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna, serta mempercepatkan transformasi industri dan sosial.
Comments