Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju dengan penyertaan dalam panel tersebut selepas meneliti komposisi lembaga dan berunding dengan pihak Washington.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersetuju untuk menyertai Board of Peace atau Lembaga Keamanan bagi Gaza atas jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:11Ujah Netanyahu, persetujuan dibuat selepas beliau meneliti komposisi awal, lembaga dan mengadakan rundingan dasar bersama Washington.
00:19Menurut laporan media Amerika Syarikat, lembaga keamanan pada asalnya dibayangkan sebagai sebuah kumpulan kecil pemimpin dunia yang memantau proses gencatan senjata Gaza.
00:32Bagaimanapun, konsep itu berkembang menjadi rangka kerja global yang lebih besar dengan kuasa simbolik tetapi signifikan dalam perancangan politik pasca konflik.
00:42Di Israel terdapat kritikan dalaman terhadap langkah tersebut.
00:45Ini termasuk bantahan berhubung penyertaan diplomat dari Turki dan Qatar dalam jawatan kuasa eksekutif berkaitan Gaza.
00:54Namun, Netanyahu menegaskan penyertaan dalam panel itu tidak akan menjejaskan hubungan strategik Israel-Amerika.
01:02Beliau perut menolak kemungkinan membenarkan kemasukan tentera Turki atau Qatar ke Gaza dalam mana-mana fasa pasca perang.
01:09Setakat ini, piagam penuh lembaga itu masih belum diterbitkan.
01:13Namun, draft awal menunjukkan Trump bakal memegang kuasa besar sebagai pengerusi badan tersebut.

Recommended