Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Keputusan mahkamah terhadap Han Duck-soo dijangka memberi kesan besar terhadap perbicaraan bekas Presiden Yoon yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Han Daksu.
00:08Ia selepas beliau didapati memainkan peranan penting dalam tindakan yang diklasifikasikan sebagai pemberontakan susulan pengistiharan darurat tentera oleh bekas Presiden Yoon Suk Yul pada Desember 2024.
00:22Menurut Hakim, Daksu dianggap sebagai individu utama yang membantu mewujudkan gambaran seolah-olah mesyuarat kabinet telah diadakan bagi memudahkan pengistiharan darurat tersebut sekaligus mengukuhkan negitimasi tindakan berkenaan.
00:40Beliau turut menjadi bekas anggota kabinet pertama disabitkan kesalahan jenayah berkaitan darurat tentera.
00:45Daksu ditahan serta-merta selepas keputusan dibacakan.
00:49Laporan lanjut menyatakan tindakannya itu diklasifikasikan sebagai langkah utama dalam pelaksanaan pemberontakan.
00:57Mahkamah turut menegaskan pengistiharan darurat tentera itu bertujuan merosakkan susunan perlembagaan manakala Daksu gagal menghalang penyalahgunaan kuasa darurat oleh Presiden ketika itu.
01:08Keputusan itu juga menjadi pengesahan kehakiman pertama pengistiharan darurat tentera pada 3 Desember 2024 dan merupakan satu tindakan pemberontakan.
01:17Perkembangan itu antara lain dijangka memberi kesan besar terhadap perbicaraan bekas Presiden Suk Yul yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Recommended