Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan merampas dadah jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM1 juta menerusi penahanan dua lelaki tempatan secara berasingan di kawasan Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah, pada Selasa.
Transcript
00:00Bertemu kembali, polis menumpaskan sindiket pengedaran dan merampas dadah jenis serbuk metilin-dioximethamphetamine atau MDMA bernilai RM1 juta menerusi penahanan dua lelaki tempatan secara berasingan di kawasan Bukit Mertajam seberang Perai Tengah pada Selasa.
00:17Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek berusia 33 dan 41 tahun ditahan dalam operasi dari 2 petang hingga 12 tengah malam, susulan maklumat serta risikan dilakukan.
00:31Serbuan pertama pihaknya menahan sospek di kawasan pakir dan pemeriksaan ke atas sebuah kendelaan membawa kepada penemuan satu kotak berwarna coklat mengandungi pelbagai bukusan serbuk di syaki dadah jenis MDMA.
00:48Siasatan menemukan sejumlah 271 paket pelbagai jenama dan warna mengandungi serbuk MDMA dengan berat keseluruhan dianggarkan 6,155 gram.
01:00Mohd Alwi berkata, takapan itu membawa kepada penahanan sospek kedua di kawasan berdekatan.
01:07Beliau berkata, sospek itu didapati positif ke Tamin serta mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.
01:14Suspek direman sehingga 27 Januari untuk membatu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended