00:00Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT sedia membentangkan rang undang-undang pembaruan semula bandar atau RUU URA bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
00:11Menterinya Ngakomeng berkata kementerian bertekad meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan selepas memperolehi konsensus Jemaah Menteri.
00:19Belum tersampai tetapi kita akan terus mencapai konsensus supaya saya nak keharmonian dan keserasian supaya kita bergantung kepada keputusan kolektif Kabinet sekiranya Jemaah Menteri bersetuju, mesej saya KPKT is ever ready.
00:43We are ever ready to continue the second reading of the Urban Renewal Act because we believe this is crucial to the future of our urban development.
00:56Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat 2026 KPKT di Putrajaya pada Selasa.
01:02Sebelum ini RUU Pembaharuan Semula Bandar telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh beliau dengan tujuan memastikan kawasan perumahan lama dan uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.
01:22Bagaimanapun, pembentangan bacaan kedua rang undang-undang itu ditangguhkan selepas beberapa ahli parlimen, Barisan Nasional BN menyuarakan hasrat supaya ia diteliti semula dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak.
01:35Sementara itu, Sabtu lalu, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi peringatan agar semua isu yang dibangkitkan dimasukkan dalam pembentangan RUU berkenaan.
Comments