00:00Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilarikan seorang suspek di Taman Seri Muda Sya'alam malam-semalam.
00:08Mangsa ditemui kira-kira sejam selepas kejadian berhampiran sebuah restoran di Seksyen 26 dalam keadaan selamat namun trauma.
00:17Menurut Ketua Polis Daerah Sya'alam, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum mengesan kenderaan melalui bantuan orang awam.
00:24Siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggu di dalam kereta dengan enjin hidup sebelum suspek masuk dan melarikan kenderaan.
00:33Menurut mangsa, suspek tidak bertindak ganas dan hanya mengarahkan mangsa berdiam diri.
00:39Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan mencuri kenderaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan menculik daripada jagaan sah.
Comments