00:01Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi mengumumkan rancangan membubarkan Dewan Perwakilan bagi mengadakan pilihan raya umum mengejut pada hari pembukaan sesi Parlimen Biasa tahun ini.
00:12Beliau berkata tarikh pengundian dijadualkan pada 8 Februari, manakala kempen rasmi akan bermula pada 27 Januari.
00:19Dalam sidang media Pada Isnin, Takaichi berkata beliau sanggup mempertaruhkan jawatannya dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan sama ada beliau patut kekal sebagai Perdana Menteri.
00:31Pilihan raya ini ialah yang pertama sejak Takaichi menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama Jepun pada 21 Oktober lepas dan selepas Parti Pemerintah LDP menandatangani perjanjian gabungan dengan Parti Inovasi Jepun.
00:43Takaichi berharap pilihan raya itu akan mengukuhkan mandat kerajaan melaksanakan dasar fiskal yang beliau sifatkan sebagai bertanggungjawab tetapi agresif serta mengukuhkan struktur baharu gabungan pemerintah.
00:56Pilihan raya mengejut itu bakal berlangsung kurang 18 bulan selepas pilihan raya Dewan Rendah pada Oktober 2024.
01:03Takaichi sebelum ini mengalumkan pemimpin Parti Pemerintah bahawa beliau akan membuarkan Dewan pada peringkat awal sesi diet selama 150 hari.
01:11Kerajaan Takaichi menghadapi cabaran kerana LDP hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Rendah dan Kekal sebagai minoriti di Dewan Kaunselor menyebabkan kerajaan perlu bekerjasama dengan pembangkang untuk meluluskan undang-undang.
01:25Sementara itu pembangkang utama termasuk Parti Demokratik Perlembagaan Jepun dan Parti Kometo telah membentuk Centrist Reform Alliance untuk menyayangi LDP.
01:34Mereka mengkritik langkah Takaichi memanggil pilihan raya awal, mendakwa beliau mengutamakan strategi politik berbanding kelulusan belanjawan negara.
Comments