00:00Harga niaga hadapan minyak sawit mentah MSM Malaysia dijangka mencatat purata sedikit lebih rendah pada 2026 berbanding tahun lalu.
00:09Susulan peningkatan bekalan daripada pengeluar utama serta permintaan biofoil yang melemah.
00:15Harga penanda aras minyak sawit diunjurkan purata 4,125 setan pada tahun ini turun 2.55% berbanding tahun 2025.
00:25berdasarkan anggaran median 14 pedagang, penganalisis dan pemain industri.
00:31Pada 2025, harga penutupan purata MSM meningkat 2.54% kepada 4,233 setan disokong pelaksanaan mandatory campuran biodiesel B40 di Indonesia.
00:45Bagaimanapun, Indonesia, pengeluar dan pekspor minyak sawit terbesar dunia,
00:49membatalkan rancangan meningkatkan campuran biodiesel kepada B50 pada 2026,
00:56sebaliknya mengekalkan B40 berikutan kekangan teknikal dan pembiayaan.
01:01Langkah ini mengubah sentimen pasaran, yang sebelum ini menjangkakan permintaan minyak sawit lebih tinggi.
01:08Pengeluaran minyak sawit di Indonesia dan Malaysia meningkat lebih kukuh daripada jangkaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini,
01:15disebabkan cuaca yang menggalakkan, sekaligus meningkatkan pasaran stok Malaysia ke tahap tertinggi dalam hampir 7 tahun.
01:24Volatiliti harga pada separuh pertama 2026 dijangka dipengaruhi faktor cuaca serantau,
01:30dasar biofil Amerika Syarikat dan hasil tanaman kacang soya Amerika Selatan.
01:34Indonesia diunjurkan mencatat pengeluaran rekod 51.2 juta tan minyak sawit pada 2026,
01:42manakala pengeluaran Malaysia dijangka menyusut sedikit kepada 19.75 juta tan
01:46akibat kekangan tenaga kerja dan ladang yang semakin berusia.
01:51Namun, bekalan keseluruhan dijangka kekal mencukupi,
01:54dengan stok minyak sawit Malaysia diunjurkan meningkat kepada 3.05 juta tan
02:00berbanding 1.7 juta tan setahun sebelumnya.
02:04Terima kasih kerana menonton!
Comments