Seorang pemandu van warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian gadis berusia 22 tahun di Napoh.
00:00Seorang pemandu van warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Magistret Jitra atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian gadis berusia 22 tahun di Napoh, Khamis lalu.
00:12Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Yusuf Sen Konam, 60 tahun, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu dihadapan Magistret Nors Shaliyati Muhammad Sobri.
00:25Mengikut pertuduhan, Yusuf Sen Konam didakwa memandu van jenis Toyota Hi-Ace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nur Syafiqah Haris Bawijat.
00:39Kejadian berlaku di Persimpangan Lampu Isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar RTC Napoh, Jalan Alusta Bukit Kayu Hitam, kira-kira pukul 10.30 malam 15 Januari lalu.
00:50Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
01:06Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa dalam bahasa Thai.
01:14Kes dikendalikan timbalan pendawaraya Nurul Ashikin Hazir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
01:21Jumat lalu Astro Awani melaporkan seorang gadis yang dalam perjalanan pulang ke rumah, maut dirempuh sebuah van dari Thailand yang melanggar lampu merah di Persimpangan Lampu Isyarat Napoh.
01:31Nahas kira-kira pukul 10.15 malam itu meragut nyawa Fatin Nur Syafiqah dari kampung Bukit Beruas.
Be the first to comment