Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam, dipercayai berlaku di Bukit Badong, Shah Alam.
Transcript
00:00Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan pelakuan tidak sopan di tempat awam dipercayai berlaku di Bukit Badung, Sya'alam.
00:14Pengarah JAIS, Datuk Mohd Syah Zihan Ahmad berkata, siasatan berkenaan dijalankan susulan penularan sebuah rakaman video menerusi aplikasi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik terbabit.
00:26Beliau berkata, JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
00:35Hal ini kerana selain sangat tidak beradab, aktiviti itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan pelakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
00:48JAIS juga sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terlibat.
00:56susulan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian hotline JAIS 1-800-88-2424.
01:07Terdahulu, tular tangkap layar gambar di aplikasi TikTok memaparkan beberapa wanita berpakaian tidak sopan didakwa melakukan aktiviti senaman.
Comments

Recommended