00:00Dewan Bandar Raya Kucing Utara DBKU melancarkan kalender acara DBKU 2026 dengan penganjuran 36 program berteraskan rakyat sepanjang tahun ini.
00:12Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmi Uthman berkata, acara tahun ini memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum,
00:22memupuk gaya hidup sehat serta meningkatkan rasa pemilikan warga kota terhadap Bandar Raya Kucing.
00:30Antara program komuniti yang menjadi tunjang ialah Kucing Car Free Morning yang bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat,
00:40malah menyokong agenda Bandar Raya Rendah Karben.
00:43Program ini turut diperluaskan ke kawasan Petrajaya bermuda April depan bagi memastikan penglibatan lebih meluas dalam kalangan komuniti setempat.
00:52Kita akan mengadakan acara-acara, satu daripadanya adalah penambahan acara internasional,
00:58iaitu art dan kraft acara internasional dan satu lagi adalah international trail run yang tidak pernah dibuat oleh DBKU.
01:10Pada tahun ini kita akan mengadakan international trail run yang berpusat,
01:16treknya akan berpusat di Gunung Sentubung dan sebagainya.
01:20Jelasnya beberapa acara baru seperti Fiesta Perpaduan, Kucing International Arts and Craft Fair dan Sentubung International Trail Run
01:30diperkenalkan bagi memperluaskan ruang penyertaan komuniti khususnya golongan belia, pengkiat seni,
01:36serta pencinta aktiviti luar sekaligus memperkukuh jaringan sosial di peringkat akar umbi.
01:42Dalam aspek kesedaran awam, DBKU turut menganjurkan program bertema seperti Bulan Membaca dan Bulan Kebersihan
01:50yang menekankan pendidikan, tanggungjawab bersama serta pembudayaan amalan lestari
01:55demi kesejahteraan komuniti bandar jangka panjang.
01:59Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran kalender acara DBKU 2026
02:04di Padang Merdeka Kucing pada Ahad.
Comments