Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan Negeri Selangor tidak menguatkuasakan atau melaksanakan garis panduan perancangan yang melarang rumah ibadat bukan Islam dibina di kawasan komersial, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor tidak menguatkuasakan atau melaksanakan garis panduan perancangan yang melarang rumah ibadat bukan Islam dibina di kawasan komersial,
00:09kata ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Exko Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Eng Zihan.
00:15Eng yang juga pengerusi bersama jawatan kuasa khas bagi hal ehwal bukan Islam, Limas, berkata semakan terhadap garis panduan tersebut
00:22akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan rundingan bersama persatuan agama dan satu mesyuarat berkaitan perkara itu akan diadakan pada awal
00:30bulan depan.
00:31Katanya Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan hal penelarasan pentadbiran dan teknikal melalui dialog yang konstruktif bagi memastikan Selangor kekal sebagai
00:40negeri yang progresif, adil dan inklusif untuk semua.
00:43Eng juga berkata tiada tindakan penguatkuasaan akan diambil sepanjang semakan itu dijalankan.
00:49Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab kebimbangan yang timbul baru-baru ini berhubung garis panduan Plan Malaysia Selangor mengenai rumah ibadat
00:58bukan Islam khususnya berkaitan kelulusan permohonan akan datang bagi rumah ibadat bukan Islam di lot kedai kawasan komersial.
Comments

Recommended