00:00Dalam perkembangan sama, Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagai berkata
00:04proses rundingan yang dimediasi Pakistan antara Tehran dan Amerika Syarikat
00:09kini bergerak ke arah mengurangkan titik perselisihan sepanjang minggu lalu
00:13bagaimanapun beliau menegaskan masih terdapat beberapa isu yang perlu dibincangkan lanjut
00:18antara kedua-dua pihak.
00:21Perkembangan itu hadir ketika Akbar Fanisha Taish melaporkan pada Sabtu
00:25bahawa pihak pengantara percaya mereka semakin hampir mencapai persetujuan
00:29untuk melanjutkan genjata senjata antara Amerika Syarikat dan Iran selama 60 hari.
00:34Laporan itu memetik sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan berkenaan.
00:38Menurut laporan yang sama, kerangka perjanjian tersebut telah merangkumi pembukaan semula
00:42secara berperingkat selat hormus, perbincangan mengenai percairan atau pembinaan stok uranium
00:47diperkaya milik Iran serta langkah Washington melonggarkan sekatan ke atas pelabuhan Iran
00:53dan pengurangan sekatan ekonomi.
00:55Bagaimanapun, laporan itu belum dapat disahkan secara bebas.
00:58Rundingan berkenaan dilihat sebagai usaha terbaru untuk meredakan ketegangan
01:02antara Teheran dan Washington khususnya berkaitan program nuklear Iran
01:06serta keselamatan laluan perdagangan strategik di Asia Barat.
Comments