Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Polis bertindak memukul anggota Global Sumud Flotilla sejurus ketibaan mereka di bandar Bilbao, utara Sepanyol pada Sabtu selepas kumpulan itu ditahan Israel sebelum dihantar pulang melalui Turkiye.

Transcript
00:00Polis bertindak memukul anggota Global Sumut Flotilla JSF 2.0 sejurus ketibaan mereka di Bandar Bilbo, Utara Sepanyol pada Sabtu
00:10selepas kumpulan itu ditahan Israel sebelum dihantar pulang melalui Turki.
00:16Rakaman video di lapangan terbang menunjukkan anggota polis menggunakan belantan terhadap ahli Flotilla serta individu yang hadir menyambut mereka di
00:23pintu ketibaan.
00:24Tindakan itu menyebabkan beberapa individu terjatuh ke lantai manakala sebahagian lagi dilihat diseret.
00:30Dalam satu kenyataan Global Sumut Flotilla mendakwa beberapa mangsa yang dipukul sebelum itu sudah mengalami kecederaan serius.
00:36Menurut penyiar Sepanyol RTVE sekurang-kurangnya empat individu ditahan termasuk dua anggota Flotilla terbabit.
00:44Jabatan Keselamatan Wilayah Basku memaklumkan siasatan telah dibuka bagi menentukan sama ada tindakan anggota polis itu dilakukan mengikut arahan rasmi
00:54pihak berkuasa.
00:55Insiden berkenaan berlaku di tengah-tengah perhatian antarabangsa terhadap tindakan Israel menahan aktivis pro-Palestine dalam misi kemanusiaan ke Gaza.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended