00:00Jasad pasangan suami isteri yang mati dibunuh di Taman Mutiara Sri Aman pada Rabu lalu akan disemadikan pada Ahad.
00:07Menurut maklumat yang disampaikan keluarga mangsa, Jasad Andy Roy Jun Run dan Angeline Wayne Kibin akan dikebumikan di Taman Peringatan VLC Sri Aman sekitar jam 9.30 pagi.
00:20Ketika ini, Jasad mendiang ditempatkan di kediaman mereka untuk upacara sembahyang serta penghormatan terakhir.
00:30Pada Jumaat, Pesuruh Jaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Zainal Abdullah memaklumkan bahawa prosedur bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa telah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak oleh pakar petologi pada Khamis.
00:43Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam berlibatkan bahagian leher dan dada dan punca kematian disahkan sebagai kecederaan di leher dan dada akibat luka tikaman.
00:56Manakala hasil bedah siasat ke atas mangsa perempuan mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher yang menjadi punca kematiannya.
01:05Jasad kedua-dua mangsa telah dituntut keluarga sejurus prosedur bedah siasat selesai.
01:09Setakat ini, seramai 21 saksi telah dirakamkan keterangan yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa.
01:17Andy adalah guru besar di Eskis Bangki, Lubu Antu, manakala isterinya Angeline adalah jururawat harian di Hospital Sri Amandua.
01:27Pasangan itu meninggalkan dua anak perempuan berusia 17 dan 16 tahun serta seorang anak lelaki berusia 9 tahun.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments