Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Majlis Kepimpinan Presiden Yaman yang disokong Arab Saudi menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Salem Breik dan melantik Menteri Luar, Shaya Mohsen Zindani, sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.
Transcript
00:00Majlis Kepimpinan Presiden Yaman yang disokong Arab Saudi menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Salem Brake dan melantik Menteri Luar Shaya Mohsen Zindani sebagai Perdana Menteri Baharu negara itu.
00:11Salem secara rasmi mengumumkakan surat perletakan jawatannya yang kemudiannya diluluskan oleh majlis tersebut sebelum Zindani dinamakan untuk membentuk Kabinet Baharu.
00:20Yemen menjadi punca peningkatan ketegangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini antara Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu UAE.
00:27Sebuah kumpulan pemisah yang disokong UAE Majlis Peralihan Selatan STC berjaya menguasai kawasan di Selatan dan Timur Yaman pada Disember lalu dan mara sehingga hampir kesempadan Arab Saudi.
00:39Perkembangan itu dianggap riat sebagai ancaman kepada keselamatan negara bagaimanapun pejuang yang disokong Arab Saudi setiap itu berjaya merampas semula sebahagian besar kawasan berkenaan.
00:50Arab Saudi dan UAE sebelum ini bekerjasama dalam satu pakatan bagi menentang kumpulan Houthi yang disokong Iran dalam Perang Saudara Yaman, konflik yang mencetuskan salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended