00:00Dalam perkembangan sama, Itali mengulangi gesaan tegas kepada rakyatnya supaya segera meninggalkan Iran, susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
00:10Menurut kenyataan Kementerian Luar Itali, dianggarkan terdapat sekitar 600 warga Itali berada di Iran dengan kebanyakannya menetap di kawasan Teheran.
00:21Gesaan itu dibuat ketika kepimpinan Iran berdepan usaha membendung gelombang protes domestik terburuk dalam sejarah Republik Islam berkenaan.
00:29Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar Itali maklumkan terdapat lebih 900 anggota angkata tentera Itali ditempatkan di rantau berkenaan.
00:38Ini termasuk kira-kira 500 anggota di Irak dan 400 di Kuwait dengan langkah berjaga-jaga sedang dilaksanakan bagi melindungi keselamatan anggota tentera.
00:48Pada Rabu Menteri Luar Itali, Antonio Tajani turut mempenguruskan satu mesyuarat melibatkan sekumpulan duta Itali dan Wakil Kementerian Pertahanan dan Perkhidmatan Risikan Negara itu bagi menilai perkembangan semasa.
01:01Menurut kenyataan sama, dalam mesyuarat tersebut, pendirian Itali yang tegas mengutuk penindasan ganas terhadap demonstrasi serta pelanggaran serius hak asasi manusia di Iran telah ditegaskan semula.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments