00:00Dan pihak berkuasa Indonesia juga memulakan operasi pengubah suaian cuaca
00:04untuk mengurangkan risiko bencana hidrometeorologi atau cuaca melampau di Jakarta
00:10sesuai kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di ibu negara itu pada Isnin.
00:15Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jakarta BPBD, Isnawa Aji berkata
00:20operasi itu dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional, BNPB
00:24dan akan diteruskan untuk 5 hari akan datang.
00:28Langkah tersebut diambil sebagai usaha pencegahan bagi mengawal taburan hujan berterusan
00:33yang berpotensi memburukkan banjir di wilayah Jakarta.
00:38Pada Isnin lepas, kira-kira 28 kejiranan dan 44 jalan di seluruh Jakarta
00:43dilaporkan naiki air sesuai dengan hujan lebat yang berpanjangan.
00:49Kawasan yang terjejas meliputi Jakarta pusat, utara, barat, selatan dan timur
00:54sekaligus mengganggu pergerakan penduduk dan aktiviti harian.
Comments