Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis Kota Tinggi sedang mengesan pemilik dan pemandu sebuah lori tipper yang dipandu secara berbahaya sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Perani. Ketua Polis Daerah menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu terbabit.
Transcript
00:00Polis Kota Tinggi sedang giat mengesan pemilik dan pemandu sebuah lori jenis tipe yang dikesan memandu secara berbahaya sehingga nyaris mengakibatkan kemalangan di Jalan Perani Kota Tinggi.
00:12Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supretenden Yusof Othman, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan siasatan sedang giat dijalankan.
00:24Tegas Yusof, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap pemandu berkenaan.
00:30Beliau menjelaskan perbuatan memandu secara berbahaya bukan sahaja mengancam nyawa pemandu itu sendiri, malah membahayakan pengguna jalan raya lain.
00:39Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, lori tersebut dilihat dipandu secara melulu sehingga hampir memasuki lorong bertentangan.
00:48Lori terbabit juga dilihat beberapa kali hilang kawalan sehingga memaksa kenderaan dari arah bertentangan mengelak ke bahu jalan bagi mengelakkan daripada sebarang pelanggaran.
00:58Video tular terbabit turut disusuli dengan beberapa pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan terhadap sikap pemandu tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang tragedi maut jika tidak dibendung.
01:12Terima kasih kerana menonton!
01:14Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended