00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggeser rakyat Iran supaya meneruskan protes dan mengingati nama individu yang melakukan kekerasan terhadap mereka serta berjanji akan menghantar bantuan.
00:11Dalam satu hantaran di platform True Social, Trump menyeru rakyat Iran yang disifatkannya sebagai patriot supaya terus turun ke jalanan dan mengambil alih institusi negara tanpa menjelaskan bentuk bantuan yang dimaksudkan.
00:25Beliau turun memaklumkan semua pertemuan dengan pegawai Iran dibatalkan sehingga pembunuhan tidak berperi kemanusiaan terhadap penunjuk perasaan dihentikan.
00:37Trump bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci bentuk bantuan yang dijanjikan.
00:43Jurucakap White House, Caroline Leavitt memaklumkan Trump tidak menghadiri satu taklimat keselamatan negara mengenai Iran pada hari sama yang digambarkan sebagai mesyuarat rutin.
00:53Sukatan komunikasi termasuk gangguan internet terus menjejaskan aliran maklumat dari Iran.
01:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu memaklumkan perkhidmatan telefon telah dipulihkan namun akses internet masih berdepan sekatan.
01:08Protes yang bermula pada 28 Disember lalu, susulan kejatuhan nilai matawang Iran kini berkembang menjadi tuntutan lebih luas termasuk desakan menjatuhkan pemerintahan ulama.
Comments