Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Ribut hujan lebat melanda Semenanjung Gaza pada Selasa, membanjiri ratusan khemah pelarian, meruntuhkan kediaman sementara yang menempatkan keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang berlarutan, serta mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa, menurut pegawai kesihatan tempatan.
Transcript
00:00Ribut hujan lebat melanda semenanjung Gaza membanjiri ratusan kemah pelarian pada selasa.
00:06Bencana itu turut meruntuhkan kediaman sementara yang menempatkan keluarga Palestine yang kehilangan tempat tinggal akibat perang berlarutan.
00:16Menurut petugas kesihatan, bencana itu juga mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa.
00:21Petugas perubatan memaklumkan lima individu termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan maut selepas beberapa rumah runtuh berhampiran pantai bandar Gaza.
00:30Menekala seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia akibat kesejukan melampau di dalam kemah Didir Al-Balah, Tengah Gaza.
00:37Kemah-kemah yang didirikan secara sementara dilaporkan tercabut daripada pancangnya dengan sebahagiannya dihanyutkan angin sejauh puluhan meter sebelum terhempas ke tanah.
00:48Banyak kemah lain rebah dan tenggelam dalam lopak berlumpur ketika keluarga bertungkus lumus menyelamatkan barangan yang masih tinggal.
00:54Pejabat media kerajaan Gaza yang ditakbir Hamas berkata sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestine telah meninggal dunia sejak bermulanya musim sejuk
01:02akibat kesejukan melampau atau runtuhan bangunan tidak selamat yang rosak akibat serangan udara Israel.
01:09Menurutnya, kira-kira 7,000 kemah rosak dalam tempoh 48 jam lalu dengan kebanyakan penghuninya tidak mempunyai sebarang tempat pelindungan alternatif.
Comments

Recommended