Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Di Sabah pihak berwajib diarah mengambil tindakan segera termasuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran air susulan kejadian banjir yang melanda Kampung Mohimboyon dan Kampung Lipantai.
Transcript
00:00Di Sabah, pihak berwajib diarah mengambil tindakan segera termasuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran air, susulan kejadian banji yang melanda kampung Mohim Boyun dan kampung Lipantai.
00:12Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masyidi Manjun berkata antara langkah segera yang dilaksanakan ialah pembersihan sistem peparitan, pemasangan pipe pembentung baru, penambahbaikan laluan air serta penyelenggaraan kemudahan awam yang terjejas bagi mengelak kejadian banji dari berulang.
00:28Dalam satu kenyataan, Masyidi memaklumkan tindakan berkenaan penting bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu dan hujan lebat berterusan.
00:42Tegasnya langkah segera ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh supaya aliran air dapat berfungsi dengan lebih baik dan risiko banji dapat dikurangkan.
00:52Masyidi yang juga Adun Karanaan berkata, Pusat Hikmat Adun Karanaan akan terus bersiap-siaga memantau situasi semasa serta menyalurkan bantuan kepada kawasan terjejas akibat banji dan tanah runtuh, susulan hujan lebat.
01:07Dalam kejadian pada Jumaat, sebanyak 19 buah kenderaan terperangkap akibat laluan dinaiki air.
01:14Penghargaan diberikan kepada sukarelawan pacuan empat roda daripada Kundasang Highland 4 Wheel Drive Club KH4 WDC dan Kilimu Garage KGR dan Raid Army 4x4 yang menghulurkan bantuan.
01:29Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended