Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menandatangani Akta Anti-Buli 2026 di Istana Bukit Tunku.
00:17Sultan Selangor Sultan Carafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita serta tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjung Sepad, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagah pada 2030.
00:34Panglima Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM General Datuk Seri Muhammad Nur Azlan Aris menegaskan siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM dikenalpasti terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral sekaligus mencetuskan tindakan tegas daripada pucuk pimpinan angkatan itu.
00:53Sejumlah 2.2 juta ringgit aset mewah termasuk jam tangan jenama Rolex disita hasil penggeledahan di kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat PTD di sebuah negeri di Pantai Timur pada Sabtu.
01:07Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim menegaskan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program Glamping with Pride dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha atau pendekatan yang bertujuan menormalisasikan perlakuan seks songsang.
01:21Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru manakala Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamak menjadi pertandingan satu lawan satu.
01:33Status berhubung kedudukan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dalam parti dan kerajaan dijangka diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadwalkan berlangsung minggu hadapan.
01:46Muhammad Akmal berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
01:49Pejuang Hamas bersedia untuk berundur sepenuhnya daripada pemerintahan di Semenanjung Gaza dan memberi komitmen akan terlibat secara konstruktif dalam fasa kedua pelan untuk menamatkan perang.
02:01Kebakaran hutan di wilayah Patagonia, Argentina sejak Isnin lalu terus merebak dengan kini melibatkan kawasan seluas 3,000 hektare.
02:11Seekor gajah mengamuk dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang susulan konflik manusia serta haiwan yang semakin memuncak di Timur India baru-baru ini.
02:20Terima kasih telah menonton!
02:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended