00:00Selepasnya, serangan udara terbaru Israel ke atas selatan Lubnan pada selasa mengakibatkan dua mangsa terkorban manakala seorang cedera.
00:07Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, tindakan tersebut sekaligus menjadi bukti jelas bahawa Israel sekali lagi telah melanggar undang-undang antarabangsa serta genjatan senjata yang telah dipersetujui.
00:21Menurut lapor agensi antarabangsa, kematian berlaku apabila sebuah drone didakwa milik Israel melancarkan serangan di bandar Kafdunin, daerah Binjir.
00:29Selain itu, sebuah pesawat Israel menembak dua peluru berpandu ke arah bangunan tiga tingkat di bandar Ghaziyeh Sidon. Kesan daripada serangan itu telah mencederakan seorang rakyat Lubnan.
00:40Serangan berlaku ketika mana persiapan dilakukan dengan kemungkinan serangan besar-besarat Israel terhadap kedudukan Hezbollah sekiranya kerajaan dan tentera Lubnan gagal melucutkan senjata kumpulan tersebut.
00:49Lubnan dan Israel sebelum ini telah memetera perjanjian genjatan senjata sejak November 2024 yang menamatkan lebih setahun serangan rentas sempadan ketika perang di Gaza yang mengorbankan lebih 4,000 nyawa dan mencederakan 17,000 orang.
01:02Di bawah perjanjian genjatan senjata, tentera Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan pada Januari ini namun setakat ini hanya berundur sebahagian dan masih mengekalkan kehadiran di lima pos sempadan.
Comments