Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera yang tular di media sosial.
00:00Kementerian Pertahanan Mindef mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia ATM menjalankan siasatan dalaman berhubung dawaan wujud aktiviti tidak bermoral di dalam kamp tentera seperti yang tular pada ahad. Mindef dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut.
00:17Menurut Mindef, dawaan itu tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
00:31Kenyataan itu menambah tindakan tegas bakal diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan dan undang-undang semasa jika dawaan didapati benar.
00:41Jelas Mindef, Kementerian Bersama ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang pelakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara.
00:59Mindef turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat serta deputasi Kementerian dan ATM.
01:07Pada ahad, tular di media sosial yang memaparkan aktiviti melibatkan lelaki dan wanita berpakaian tidak mengikut etika yang didakwa berlaku di dalam sebuah kamp tentera.
Be the first to comment