00:00UMNO menetapkan dua syarat tegas sebelum membenarkan konvensyen khas pemuda UMNO yang dianjurkan Dr. Akmal Saleh Sabtu lalu,
00:09iaitu tiada perbincangan keluar kerajaan perpaduan dan tiada kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
00:18Menurut sumber parti, sebarang idea tentang menarik sokongan daripada kerajaan,
00:23bekerjasama semula dengan PAS atau mengubah hala tuju politik tidak pernah dibincangkan dengan Zahid.
00:31Sumber itu menegaskan Zahid bukan sahaja tidak menyokong, malah tidak meluluskan atau mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dibangkitkan Akmal dalam konvensyen tersebut.
00:44Bagaimanapun ketika merasmikan konvensyen, Akmal mendakwa beliau mendapat restu Zahid,
00:50malah berkata Presiden bersedia berdepan risiko politik jika penarikan diri daripada kerajaan benar-benar menjadi tuntutan akar umbi.
01:01Sumber UMNO lain bagaimanapun menafikan dawan itu, menurutnya kelulusan konvensyen tidak bermakna sokongan terhadap resolusi yang dihasilkan.
01:11Sebarang keputusan besar hanya boleh diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
01:16Setia Usaha Agung Barisan Nasional Zambri Abdul Qadir turut mengesahkan pendirian itu,
01:23menegaskan semua cadangan konvensyen perlu dibawa ke peringkat tertinggi parti.
01:28Buat masa ini, mesej UMNO jelas iaitu parti tidak berhasrat menjadi pembangkang,
01:33sebaliknya memilih kestabilan demi rakyat.
01:36Zahra Alam, Jai Shahir, FMT.
Comments