00:00Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Konyau menepis desakan berterusan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mak Nur
00:07supaya bayaran pajakan Tahunan Pulau Pinang disemak semula.
00:12Chow berkata Kerajaan Pulau Pinang masih belum mengetahui secara jelas tuntutan Kedah
00:17sejak Sanusi mula membangkitkan perkara itu pada 2021.
00:22Sanusi hari ini dilapor berkata bahawa Kedah sudah memuktamadkan asas perundangan
00:27dan dokumen sejarah bagi menuntut semakan bayaran pajakan Tahunan Pulau Pinang
00:32dan menyasarkan kutipan RM300 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan.
00:37Beliau berkata Kerajaan Kedah sedang bersiap sedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah
00:43merujuknya kepada majlis raja-raja atau memulakan rundingan rasmi dengan Putrajaya.
00:49Bagaimanapun Sanusi berkata Kedah sedang menunggu keadaan yang lebih neutral
00:53sebelum bertindak kerana bimbang Putrajaya akan menolak dapatan itu
00:57bagi mempertahankan kedudukan Pulau Pinang dalam Persekutuan.