00:00Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan momentum kampen Barisan Nasional pada PRN Negeri Sembilan semakin positif berdasarkan sambutan dan
00:10maklum balas yang diterimanya sepanjang turun berkampen.
00:15Beliau berkata suasana kampen kali ini jauh berbeza berbanding sebelum ini sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap peluang calon BN untuk menambah
00:25jumlah kerusi dimenangi.
00:27Menurutnya kerjasama dengan PAS turut memberi kelebihan kepada BN selain menyifatkan semangat kebersamaan dalam kalangan jentera sebagai petanda positif menjelang
00:37hari pengundian.
00:39Ismail berkata fokus utama ketika ini adalah memastikan jentera terus bekerja keras, mendekati seramai mungkin pengundi dan mengekalkan momentum kampen
00:49sehingga hari mengundi.
00:50Beliau yakin usaha berterusan itu mampu membantu BN mencapai keputusan yang baik pada PRN Negeri Sembilan.