00:00Seramai 676 mangsa banjir masa berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri dengan Sarawak merekodkan pertambahan setakat 6 pagi Senin.
00:10Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di daerah terjejas iaitu di Miri meningkat kepada 129 mangsa berbanding 47 mangsa pada ahad.
00:21Hanya satu PPS masih beroperasi di Miri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Berkenu, Miri yang menempatkan 129 mangsa daripada 60 keluarga.
00:33Selain itu banjir di Kucing dan Lawas pulih sepenuhnya kesemua 8 PPS ditutup secara berperingkat bermula tengah hari ahad.
00:42Di Sabah, dua PPS dibuka masing-masing di dua daerah terjejas, Buford dan Kota Kinabalu.
00:48Di Buford, seramai 338 mangsa daripada 120 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang telah beroperasi sejak petang jemaat.
00:59Manakala mangsa di Kota Kinabalu, seramai 158 orang berlindung di PPS Dewan Masjid Al-Muni, Kampung Darau.
01:07Seterusnya di Johor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 51 mangsa setakat pagi Isnin berbanding 85 mangsa pada pagi Ahad.
01:15Dua PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 mangsa.
01:23Manakala 15 mangsa lagi berlindung di Dewan Serba Guna, Kampung Tandung.
01:28Tiga sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasab, Segamat dengan bacaan 8.60 meter.
01:36Jati Sungai Tekam, Segamat 3.85 meter dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian 2.93 meter.
Comments