00:00Seterusnya, seorang pengurus jualan dihadapkan di Mahkamah Magistret Alustar atas tiga pertuduhan menghina agama menunjukkan isyarat lucah dan meludah polis pada akhir Dizem berlalu.
00:13Teo Siuli, 35 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan dibacakan dihadapan Magistret Nur Syifa Mohd Hamzah.
00:22Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis Lance Corporal Jelnazir Hilman dengan meludah terhadapnya dengan niat untuk menahan beliau daripada melakukan kewajipan sebagai penjawat awam.
00:39Dalam pertuduhan kedua, Siuli didakwa hendak mengaibkan kehormatan Jelnazir dengan menyebut perkataan yang tidak sopan dan menunjukkan isyarat lucah agar ia didengar dan dilihat anggota polis berkenaan.
00:50Manakala untuk pertuduhan ketiga, wanita itu didakwa dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut agama Islam iaitu Jelnazir dengan mengeluarkan perkataan yang menghina Nabi.
01:02Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan dihadapan sebuah premis perniagaan Jalan Perusahaan 2, Taman Bandar Mergong, Al-Ustah, kira-kira pukul 12.30, 31 Disember lalu.
01:12Pendakuan di bawah Seksyen 353, Seksyen 509 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan dikendalikan oleh pengarah Pendakuan Negeri Kedah, Datuk Hairul Anwar Abdul Halim sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
01:26Wanita itu berhadapan hukuman penjara sehingga tempoh maksimum 8 tahun atau denda atau keduanya bagi kesemua perbuatan itu jika sabit kesalahan.
01:34Magistret kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin dan 20 Januari ini ditetapkan sebagai tarif sebutan semula untuk lantikan peguam.
Comments