00:00Mayat seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada perahu di Muara Batang Oya, ditemukan lemas pada Ahad.
00:09Mangsa Awang Ismail, Awang Rosidi, 28 tahun, dilaporkan hilang pada Sabtu ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.
00:17Mangsa ditemui orang awam kira-kira 800 meter dari persisiran pantai pada jam 8.50 pagi tadi sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
00:29Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomber Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.23 pagi berhubung penemuan mayat tersebut.
00:38Susulan itu, balai polis dan penyelamat BBP Mukah kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian.
00:44Operasi tersebut disertai seramai empat anggota bomber dengan kekuatan aset terdiri daripada sebuah EMRS, sebuah Hilux dan sebuah bot.
00:53Ketua Polis Dalat Sagar Cugat berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai apabila bot yang dipandunya seorang diri terlanggar kayu hanyut.
Comments