Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Zohran Mamdani memulakan tugas sebagai Datuk Bandar New York dengan agenda kos sara hidup, disifatkan penyokong sebagai era baharu kepimpinan bandar itu.
Transcript
00:00Zohoran Mamdani mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam 1 Januari,
00:05sekaligus menjadi Muslim dan keturunan Asia Selatan pertama yang memimpin bandar terbesar di Amerika Syarikat.
00:12Upacara angkat sumpah itu berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi.
00:19Peguam negara New York Leticia James menyempurnakan upacara angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani
00:25menjelang majlis umum yang dijarakan berlangsung pada Khamis dan akan dipimpin oleh Senator Bernie Sanders.
00:33Mamdani mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas Al-Quran.
00:38Menurut beberapa media Amerika Syarikat, naskah Al-Quran yang digunakan dalam upacara itu termasuk milik Datuk Mamdani
00:44dan satu lagi naskah milik penulis Arturo Schomburg yang dipinjamkan oleh Perpustakaan Awam New York.
00:50Mamdani 34 tahun juga merupakan individu kelahiran Afrika pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York.
00:58Beliau dilahirkan di Uganda kepada ibu bapa migran dari India.
01:02Mamdani, anggota puak sosialis demokrat berhaluan kiri dalam partinya dipilih pada November lalu.
01:08Kemenangan berprofil tinggi ini berpotensi mempengaruhi pendekatan parti demokrat
01:13menjelang pilihan raya pertengahan penggal tahun ini bagi menentukan kawalan Kongres Amerika Syarikat.
01:19Ahli politik berusia 34 tahun itu berkempen mengenai isu kos sari hidup
01:22dan lantang mengkritik Presiden Republikan Donald Trump
01:26yang kadar sokongannya merosot sejak setahun lalu selepas kebimbangan ekonomi.
01:31Ramai daripada 8 juta penduduk New York menjangkakan beliau akan menjadi kuasa politik
01:36yang mencetuskan perubahan besar.
01:37Mamdani bekas wakil daerah berjanji membekukan sewa
01:42serta menyediakan bas dan penjagaan kanak-kanak percuba
01:45dengan membina kempen berteraskan isu kemampuan hidup
01:48yang dilihat sesetengah pihak sebagai hala tuju baru parti demokrat
01:52di seluruh negara menjelang pilihan raya pertengahan penggal November.
Comments

Recommended