Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengecam tindakan Israel menghentikan operasi UNRWA, menyifatkannya bercanggah undang-undang antarabangsa dan perlu dimansuhkan segera.
Transcript
00:00Seteusaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres, mengecam tindakan Parlimen Israel meluluskan pindahan undang-undang untuk menghentikan operasi agensi PBB bagi pelarian Palestine UNRWA.
00:12Langkah itu tegas Guterres boleh mengancam keupayaan agensi berkenaan menjalankan operasinya.
00:17Guterres dalam satu kenyataan maklumkan undang-undang ini serta pindaan berkaitan adalah tidak selaras dengan status dan rangka kerja undang-undang antarabangsa yang terpakai kepada UNRWA.
00:31Justeru beliau berpendapat ia mesti dimansuhkan dengan segera.
00:34Jelasnya UNRWA beroperasi sebagai komponen penting PBB dan dilindungi sepenuhnya di bawah konvensyen mengenai keistimewaan dan kekebalan yang merangkumi aset, harta benda, pegawai serta kakitangannya.
00:46Beliau turut mengingatkan kewajiban Israel di bawah piagam PBB dan konvensyen mengenai keistimewaan dan kekebalan PBB.
00:54Dalam pendapat nasihatnya pada 22 Oktober, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menegaskan kewajiban Israel untuk sepenuhnya menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB di wilayah Palestine yang dijuluki, termasuk UNRWA dan kakitangannya.
01:08Parlimen Israel pada Isnin meluluskan rang undang-undang untuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke pejabat UNRWA dengan langkah itu berkuat kuasa serta merta.
Comments

Recommended