00:00Beberapa orang dilaporkan terbunuh dalam kekecauan di Iran ketika protes terbesar melanda Republik Islam itu dalam tempoh tiga tahun selepas kemerosotan ekonomi yang mencetuskan keganasan di beberapa wilayah.
00:12Menurut agensi berita Fars, tiga penunjuk perasaan terbunuh dan tujuh belas lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah balai polis di wilayah Loristan, Barat, Iran.
00:21Menurut laporan itu, Perusof memasuki ibu pejabat polis sekitar jam 6 petang waktu tempatan pada Khamis dan bertempur dengan pasukan polis.
00:31Sebelum itu, Fars dan kumpulan hak asasi Henggau melaporkan kematian di bandar Lodegan, wilayah Cermahal dan Bakhtiari.
00:40Pihak berkuasa mengesahkan satu kematian di bandar Kudash di barat negara itu, manakala Henggau melaporkan satu lagi kematian di wilayah Isfahan di tengah Iran.
00:49Pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menandakan peningkatan ketara dalam keganasan yang merebak ke seluruh negara
00:57sejak peniaga mula mengadakan protes pada ahad berhubung pengendalian kerajaan terhadap kejatuhan mendadak nilai mata wang dan kenaikan harga yang pesat.
01:06Fars melaporkan dua orang terbunuh di Lodegan dalam pertembungan antara pasukan keselamatan dan apa yang disifatkannya sebagai penunjuk perasaan bersenjata.
01:14Pengawal revolusi Iran berkata seorang anggota unit separa tentera sukarelawan Basij yang bersekutu dengannya terbunuh di Kudash dan 13 lagi cedera
01:24sambil menyalahkan penunjuk perasaan yang dituduh mengambil kesempatan daripada protes tersebut.
01:29Pemimpin Iran kini berdepan sekatan barat yang menekan ekonomi negara itu yang sudah pun terkesan akibat inflasi melebihi 40%
01:37diburukkan lagi oleh serangan udara Israel dan Amerika Syarikat pada Jun yang menyasarkan infrastruktur nuklear dan peluru berpandu balistik dan kepimpinan ketenteraan negara itu.
01:49Teheran bertindak balas terhadap protes tersebut dengan menawarkan dialog di samping langkah keselamatan.
01:54Judul Cakap Kerajaan Fatimeh Mohajarani berkata pada Khamis pihak berkuasa akan mengadakan dialog secara langsung dengan wakil kesatuan perdagangan dan perniaga namun tidak memperincikan butirannya.
Comments