Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu membawa kesejahteraan dan kemakmuran berterusan kepada negara. Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat memperkukuh perpaduan dan saling menghormati demi keharmonian Malaysia serta berdoa agar negara sentiasa dilindungi Allah SWT dan dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berkekalan.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agung Raja Zari Sofiah Berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
00:10Melalui hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Tahun Baru 2026 ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.
00:21Dalam hantaran tersebut, Sultan Ibrahim turut menyeru kepada rakyat supaya terus memperkukuh pepaduan serta saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.
00:32Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan yang berkekalan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended