00:00Baik, beberapa bandar utama dunia menyambut ketibaan 2026 dengan sambutan berskala besar yang mempamerkan gabungan bunga api, pertunjukan drone dan acara cahaya mencerminkan harapan baru rakyat global menjelang tahun baru.
00:16Di United Arab Emirates UAE, sambutan tahun baru diraihkan serentak di beberapa bandar.
00:22Di Dubai, mercutan The Burj Khalifa diterangi cahaya dengan letupan bunga api serta pancutan air di sekitarnya.
00:30Abu Dhabi pula memukau penonton dengan pertunjukan drone yang membentuk visual kira detik sebelum diikuti bunga api, manakala Ras Al-Qaimah menampilkan persembahan drone bercahaya termasuk imej berskala besar yang mendominasi latar pantai bandar tersebut.
00:45Di Kenya, sambutan awal pagi 1 Januari diserikan dengan pertunjukan bunga api di ibu negara Nairobi, berhampiran Menara Ulmer Chul.
00:53Menjelang detik tengah malam, warga tempatan yang berkumpul menyuarakan harapan agar 2026 membawa perubahan lebih baik buat diri mereka dan negara.
01:03Sementara itu, di New York City, ratusan ribu pengunjung mula memenuhi Times Square sejak tengah hari 31 Disember dan sanggup menunggu berjam-jam lamanya dalam cuaca sejuk demi menyaksikan acara ikonik penurunan bola tahun baru.
01:15Lebih 1 juta orang dijangka hadir bagi sambutan ambang 2026 menjadikannya antara pimpunan tahun baru terbesar di dunia.
01:23Di Hong Kong, sambutan tahun baru diraihkan secara berbeza apabila pertunjukan bunga api tradisional di Victoria Harbour digantikan dengan acara cahaya dan muzik di daerah sentral.
01:34bertemakan New Hope's New Beginnings, 8 bangunan ikonik ditransformasikan menjadi jam kira detik gergasi melalui persembahan cahaya selama 3 minit selepas kerajaan membatalkan bunga api tahunan sesulan tragedi kebakaran maut di Taipo pada November lalu.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments