Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] diwartakan pada Rabu, selepas mendapat Perkenan Diraja pada 16 Disember lepas.
Transcript
00:00Akta Pekerja GIK 2025 atau Akta 872 diwartakan pada Rabu selepas mendapat perkenan diraja pada 16 Disember lepas.
00:09Kementerian Sumber Manusia Kesumar dalam kenyataan berkata,
00:12akta itu hanya akan berkuatkuasa melalui tarikh yang akan diluluskan oleh Menteri yang diberi kuasa
00:17dan dinyatakan dengan jelas melalui satu warta dimuktamadkan.
00:21Sehubungan itu, semua peruntukan di bawah akta ini belum boleh dikuatkuasakan sehingga tarikh kuatkuasa diumumkan secara rasmi.
00:32Sebarang pengumuman lanjut berkaitan tarikh kuatkuasa akta berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Kesumar.
00:41Pewartaan Akta 872 merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan kerajaan memperkukuh kerangka perundangan buruh negara.
00:48Ia khususnya dalam mengawal selia ekosistem pekerjaan GIK yang semakin berkembang
00:53serta menyediakan asas perlindungan lebih menyeluruh dan sistematik kepada pekerja GIK di Malaysia.
01:00Menurut Kesumar, pewartaan itu juga akan meneruskan persediaan pelaksanaan termasuk pembangunan peraturan subsidi,
01:07penyelarasan mekanisme tak diurus serta sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan
01:11bagi memastikan pelaksanaan Akta 872 berjalan dengan teratur, berkesan dan selaras dengan realiti serta keperluan ekosistem pekerjaan GIK.
01:20Dewan Negara pada 9 September lepas meluluskan Ruang Undang-Undang RUU Pekerja GIK 2025
01:26dalam melindungi lebih 1.2 juta pekerja GIK di Malaysia.
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended