Skip to playerSkip to main content
Tak perlu lauk mahal untuk makan sedap. Kangkung Goreng Belacan ni pun dah cukup buat hati senang dan perut kenyang.

KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah besar
6 biji cili padi
1 inci belacan
Segenggam ikan bilis

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung
2 sudu besar sos tiram
Sedikit perasa
½ biji bawang holland

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #kangkunggorengbelacan #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Semalam ada jiran bagi kangkung, jadi hari ni jom kita buat kangkung goreng belacan paling simple tapi confirm padu.
00:07Mula-mula kita kisah cili merah, cili padi, bawang putih, bawang besar, belacan dan ikan bilis.
00:14Kita kisah kasar je, kemudian ketepikan.
00:20Kemudian panaskan minyak, kita tumis bahan kisah sampai garing dan naik bau.
00:25Pastikan cili kita betul-betul masak supaya tak sakit perut nanti.
00:28Minyak tu pun jangan sikit sangat, nanti tak cukup masak pula sambal kita.
00:32Memang wangi satu rumah time ni dengan bau belacan tu.
00:37Kemudian kita masukkan kangkung.
00:40Gaul lah hingga sebati.
00:41Daun ni nampak je macam banyak tapi bila kita dah gaul nanti mengecut lah dia.
00:50Kemudian perasakan dengan sos tiram dan sebut perasa.
00:53Gaul-gaul-gaul dan boleh masukkan bawang holland.
00:55Gaul lah sehingga bawang sedikit layu.
00:59Saya suka guna bawang holland ni sebab rasa dia manis.
01:02Ok, dah siapkan konggurin belacan kita.
01:05Makan dengan nasi panas-panas tambah pula telur mata memang licin sepinggan.
01:09Selamat mencuba.
01:10Ingat makan, ingat rasa.
01:12Terima kasih kerana menonton!
01:15Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended